Tuesday, November 22, 2016

: : Yang Pernah Bergelar Sahabat : :

Assalam...

Ya Allah, rindu sangat. Rindu kat sabahat yang lernah rapat dulu. Tapi kini masing2 dah menyeli. Seperti kita tidak pernah bersahabat. 

Sebenarnye, dulu, aku pernah ada crush terhadap kau. Tapi, setelah menyedari kekurangan diri ni, terus usaha pujuk hati untuk tidak terus berharap pada kau. 

5 tahun bersahabat, tapi semuanya sepi sekarang. Sungguh aku rindu. Adakah kerana aku telah berkahwin, atau ada silap yang aku lakukan tanpa sengaja? Entahlah, sendiri tidak tahu punca putusnya hubungan ini. 

Mungkin kau takkan mengerti rindunya hati ini. Tapi, sesungguhnya, aku sentiasa menitipkan doa buat kau sahabat. Seorang yang pernah ku rapat dahulu. Yang sedikit sebanyak memberi semangat untuk aku ke kelas. 

Walaupun aku tahu aku takkan pernah menjadi pilihan kau, namun, terdapat sedikit ruang dalam hati ini untuk terus kekalkan kau sebagai sabahat aku. 

Sejahteralah engkau sahabat. Terima kasih kerana pernah menjadi seorang yang menyenangkan aku dulu. 

Wassalam.

No comments: