Tuesday, April 9, 2013

:: Terluka ::

ya, malam nie aku terluka
terluka kerana tak dapat puaskn hati orang
orang di sekeliling aku
baik keluarga, sahabat, teman dan si dia

susah untuk puaskan hati semua orang
tapi, pernahkan mereka faham hati aku??
aku yang aku inginkan?
tak, mereka tak pernah mengerti

ya, aku suka dengan diriku sebegini
tetapi, kenapa masih dipertikai??
aku tidak meminta begini
tetapi, aku terima seadanya

kenapa masih diungkit kejadian Dia?
tidak cantikkah?
atau sakit mata untuk dipandang?
atau ade sebab yang lain?

tidakkah semua orang fikir
jika aku berubah, aku tidak lagi seperti ini
mungkin lebih teruk
untung jika lebih baik

tapi, adakah semua orang akan berpuas hati jika aku berubah?
adakah semua orang tidak akan pertikaikan lagi?
aku tahu semua itu tidak akan terjadi
kerana adanya sifat sering kurang dalam diri manusia

ya, aku bercerita tentang saiz badan
saiz yang seperti ini ramai yang mengidamkannya
tapi, mungkin ade yang sakit mata melihat saiz ku begini
tidak sempurna terletak di dalam diriku mungkin

aku suka diriku sebegini
tetapi, mengapa tidak diterima orang lain?
mengapa dipertikai lagi?
mengapa di suruh untuk berubah lagi?

aku tidak akan ambil pusing jika orang yg menegur hanyalah sahabat
tetapi, tidak untuk keluarga
tidak untuk saudara
tidak juga untuk si dia

mungkin ku harus lakukan sesuatu
In Shaa Allah, semoga berjaya